Monday, January 26, 2009

10 fakta yg membawa kpd hari ini

Views
28 SEPTEMBER 2000
  • Apa yang berlajku keatas Gaza sekarang ini adalah siri kezaliman rejim zionis yang telah bermula pada 28 September 2000 apabila kerajaan penjajah Zionis mengisytiharkan wajib melaksanakan sekatan ke atas Gaza.
  • Bagi merealisasikan rancangan tersebut,penjajah zionistelah menutup sempadan perhubungan antara Gaza dengan Tebing Barat sepenuhnya.Pihak zionis juga menyekat pemberian wang cukaiyang merupakan hak kerajaan Palestin.Bagi menyempurnakan lagi sekatan,Zionis telah meruntuhkan Pelabuhan Gaza selepas sebulan sahaja intifadhah dilancarkan sebagaimana memusnahkan lapangan terbang antarabangsa Gaza pada bulan Disember 2001.
11 SEPTEMBER 2005
  • Zionis telah keluar dari Gaza pada 11 September 2005 namun keadaan Gaza tidak berubahbahkan sempadan-sempadannyaterus ditutup.Sekatan keatas Gaza semakin hebat dan meruncing bermula awal tahun 2006.Pada masa itu pihak penjajah Zionis telah bertindak memperkuatkan sekatan keatas Gaza dengan menyekat kemasukan pekerja rakyat Palestin ke kawasan jajahan Zionis,mengurangkan waktu operasi sempadan dan menambahkan lagi waktu penutupannya.Tekanan-tekanan tersebut membawa kepada penigkatan nisbah pengangguran di Gaza sebanyak 50% dan nisbah penduduk yang hidup dibawah paras kefakiran sebanyak 65%.
15 JUN 2007
  • Pihak pengurusan Amerika dan presiden Palestin Mahmoud Abbas bersepakat dan bersetuju merancang kan satu tindakan untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS di Gaza.Atarra plan tindakan yang telah disepakati oleh kedua-dua pihak ialah menghapuskan kerajaan campuran dan mengumumkan darurat,memisahkan Gaza dengan Tebing Barat,memberi cukai kepada Abbas yang akan digunakannya untuk membangunkan Tebing Barat disamping Amerika meyakinkan Israel untuk memperbaiki keadaan di Tebing Barat supaya rakyat Palestin di Gaza merasai keadaan mereka semakin teruk di bawah penguasaan HAMAS.Satu tindakan yang boleh membawa rakyat Palestin menentang HAMAS dan belot terhadapnya.
  • Zionis membuat sekatan keseluruhan keatas Gaza.Zionis bertindak menutup semua sempadan yang menghubungi Gaza.Tindakan ini merupakan satu usaha menghukum penduduk Gaza yang berjumlah lebih kurang 1.5 juta orang dan siri membalas dendam Zionis yang berterusan keatas rakyat Gaza.
23 FEBRUARI 2008

Hari Gabungan Sedunia Menghapuskan Sekatan keatas Gaza.Pihak penjajah telah menyekat barangan yang bernilai 150 juta dolar disamping mengenakan denda terhadap para peniaga.Banyak projek-projek yang terpaksa dihentikan di Gaza dengan anggaran kerugian lebih kurang 350 juta dolar.Awal 2008 menyaksikan siri pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis .dalam tempoh 3 bulan(Jan,Feb dan Mac 2008) seramai 300 orang rakyat Palestin gugur syahid.112 daripadanya adalah dari Gaza.

19 JUN 2008
  • Bermula gencatan senjata.Pihak Zionis bersetuju menghentikan semua bentuk serangan ketenteraan di Gazas selama 6 bulan mengikut yang disepakati oleh pihak Palestin yang bermesyuarat di Kaherah.
18 DISEMBER 2008
  • Pemimpin HAMAS mengumumkan tamatnya gencatan senjata.Keesokan harinya bermula serangan rejim Zionis keatas Gaza.
27 DISEMBER 2008
  • Israel melancarkan serangan udara yang mebunuh 229 penduduk Gaza.

28 DISEMBER 2008
  • Serangan udara Israel memusnahkan bangunan makmal di Universiti Islam Gaza.
  • Pada 1 Januari 2009,serangan bom Israel membunuh pemimpin kanan HAMAS,Nizar Rayan di Jabalia,Gaza.Pada 2 Januari 2008 ,serangan udara keatas masjid menyebabkan 11 oarng rakyat Palestin syahid.
4 JANUARI 2009
  • Lima orang awam Palestin syahid apabila terkena bedilan meriam Israel.Sehingga kini angka syahid melebihi 524 nyawa,120 kanak-kanak dan 50 wanita.Jumlah yang tecedera pula melibatkan seramai 2500 orang yang tidak berdosa.Sekatan dipintu sempadan Mesir-Rafah menyebabkan bantuan makin sukar disalurkan dan menambahkan lagi kepayahan penduduk disana.
7 JANUARI 2009
  • Jumlah angka syahid bertambah kepada635 orang dan tercedera seramai 2900 orang.Perkhidmatan ambulan hampir lumpuh disebabkan peningkatan operasi ketenteraan di Gaza.Hospital-hospital telah kehabisan vaksin dan bekalan darah.Sekurang-kurangnya 2 buah hospital kehabisan bahan api untuk menghidupkan generator elektrik.Bekalan air bersih juga semakin berkurangan kerana banyak telaga musnah dibedil rejim Zionis.

0 doakan mika gemuk:

Post a Comment

LOVE

Daisypath Anniversary tickers